Bimbingan & Panduan

REMAJA TIDAK YAKIN DENGAN JODOH

Soal jodoh pertemuan ditentukan Allah. Betapa kuat pun dugaan dan rintangan, jika sudah jodoh, kita akan memperolehnya. Mempercayai perkara ini boleh mengurang�kan rasa bebanan tidak tertanggung adik.

Namun, soal pencarian jodoh juga perlu diusahakan agar mencapai cita-cita serta hasrat diinginkan.

Apabila satu perkara dilihat dari sudut berbeza oleh keinginan tertentu, wujudlah konflik. Adik serta ibu dan ayah mempunyai pandangan hidup yang jelas jauh bertentangan terhadap isu mencari pasangan hidup.

Perkara ini disebabkan pelbagai faktor antaranya peristiwa kehidupan, perbezaan umur, cara berfikir, nilai hidup, pengalaman, peredaran waktu dan sebagainya. Menghormati perbezaan ini boleh membuka ruang pemikiran lebih luas serta dapat mengurangkan tekanan dan konflik.

Yang nyata dalam konflik itu, ia berkisar kepada satu perkara iaitu rasa sayang. Perasaan ini ditafsirkan oleh tingkah laku dan tindakan yang ba�nyak menimbulkan luka dalam perhubungan keluarga.

Ibu bapa menunjukkan kasih sayang terhadap adik melalui harapan serta nilai hidup tertentu yang jauh berbeza dengan pandangan hidup adik.

Adik pula melihat kebahagiaan hidup berumah tangga bukan ditunjangi latar belakang pendidikan tinggi, tapi nilai hidup lain. Dr menghormati pandangan adik itu.

Dalam konteks ini, kebena�ran wujud dari perspektif masing-masing. Memahami pandangan, nilai serta rasa kasih ibu bapa akan membuat adik lebih menerima mereka. Cuba untuk mengubah cara berfikir ibu bapa hanya akan menambahkan lagi konflik dan kemarahan.

Berdasarkan cerita adik, ibu dan ayah dapat menerima kehadiran lelaki berpendidikan rendah dalam hidup mereka. Buktinya, sanggup menerima pasangan adik dan abang.

Berfikiran negatif hanya akan menambah kemarahan serta kesan negatif adik berfikir.

Adik boleh mengubah pemikiran itu dengan melihatnya dari sudut positif. Bukankah soal ketentuan jodoh adalah urusan Allah s.w.t?

Seperti semangat juang mendapat pendidikan formal yang baik, adik juga boleh berjuang mencari teman lelaki yang baik untuk menjadi pasangan hidup, sama ada berpendidikan tinggi atau tidak.

Dalam situasi sekarang yang jumlah pelajar perempuan melanjutkan pengajian di universiti lebih ramai berbanding lelaki, peluang memilih pasa�ngan setaraf semakin kecil.

Ini kerana nisbah wanita berpendidikan dengan lelaki berpendidikan tidak sama. Lelaki berpendidikan tinggi pula mempunyai pendirian tersendiri dalam soal memilih jodoh. Ada antara mereka tidak mahu memilih wanita memiliki kelulusan setaraf sebagai pasangan hidup.

Dari perspektif teman lelaki, jika benar-benar menyaya�ngi adik, dia akan berusaha membahagiakan orang yang disayangi termasuk ibu bapa adik.

Melalui komunikasi yang baik, perasaan hormat dan cuba mengambil hati ibu bapa adalah usaha ke arah membuktikan selain pendidikan tinggi, ada banyak lagi nilai murni boleh membahagiakan rumah tangga.

Teman lelaki adik juga perlu menunjukkan usaha mening�katkan taraf hidupnya. Bukan untuk ibu bapa adik, tetapi lebih kepada kualiti hidup dirinya. Secara tidak langsung, ibu bapa adik akan menyedari sememangnya teman lelaki adik ikhlas dalam hubungan cintanya.

Dr doakan adik mendapat pasangan hidup yang akan membahagiakan serta hubu�ngan dengan ibu bapa akan terus terjalin dengan baik.