Monday, January 31, 2011

Peracangan yang menarik bersama keluarga,rakan-rakan,saudara-mara n siapa-siapa yg ingin bersantai...d musim raye cina

SEBAIK menjejak kaki ke taman tema Bukit Gambang Resort City (BGRC), Kuantan, anak melompat girang dan tidak sabar bermain air.
Tidak hairanlah BGRC menjadi destinasi popular percutian keluarga di pantai timur.

Selain taman tema air, BGRC menyediakan aktiviti rekreasi di luar taman tema yang pastinya memberikan keseronokan berganda serta 1,001 kenangan terindah.

Di Active Academy, pengunjung berpeluang merasai tujuh jenis aktiviti disediakan di sekitar kawasan hutan dan bukit sambil menguji kemampuan fizikal mereka.

Antaranya, cabaran meredah hutan dan bukit dengan memandu kenderaan laluan lasak (ATV) sambil meneroka khazanah hutan serta menyahut cabaran bukit dan lumpur di sepanjang laluan.

Jika mahu meneroka suasana hutan dengan cara 'berperang' pengunjung boleh menyertai permainan paintball secara berkumpulan sambil menikmati flora dan fauna.

Namun, jika tidak minat untuk 'berperang', mereka boleh beraksi secara individu di lapang sasar yang disediakan untuk penembak tepat paintball.

Untuk aktiviti berkumpulan seperti kursus motivasi atau latihan lasak, BGRC menyediakan kemudahan dengan cabaran meredah hutan pada waktu malam atau siang serta melepasi 15 halangan buatan (obstacle) dan flying fox.

Menunggang kuda mengelilingi kawasan BGRC antara aktiviti paling digemari kanak-kanak kerana haiwan jinak itu sering mempamerkan aksi lucu dan menghiburkan.

Jika kurang mahir menunggang kuda, rasai pengalaman menaiki kereta kuda untuk pengunjung yang berkeluarga.

Aktiviti luaran lain termasuk silap mata, pertunjukan ular, persembahan badut serta aktiviti di taman ria ala pesta ria pada waktu malam.

Di sekitar hotel, anda boleh bermain snuker, berkaraoke, bermain permainan video atau membeli barangan kraftangan dan cenderamata.

Berdasarkan sambutan pengunjung, mereka berpuas hati bercuti di BGRC kerana pelbagai tarikan dan aktiviti pelancongan disediakan pada harga paling minimum.

Selain kemudahan hiburan, katanya taman tema itu turut merangka aktiviti hiburan secara bermusim seperti persembahan artis, taman hiburan dan pertunjukan silap mata yang dijadualkan mengikut kadar pengunjung semasa

No comments:

Post a Comment