Monday, January 31, 2011

Peracangan yang menarik bersama keluarga,rakan-rakan,saudara-mara n siapa-siapa yg ingin bersantai...d musim raye cina

SEBAIK menjejak kaki ke taman tema Bukit Gambang Resort City (BGRC), Kuantan, anak melompat girang dan tidak sabar bermain air.
Tidak hairanlah BGRC menjadi destinasi popular percutian keluarga di pantai timur.

Selain taman tema air, BGRC menyediakan aktiviti rekreasi di luar taman tema yang pastinya memberikan keseronokan berganda serta 1,001 kenangan terindah.

Di Active Academy, pengunjung berpeluang merasai tujuh jenis aktiviti disediakan di sekitar kawasan hutan dan bukit sambil menguji kemampuan fizikal mereka.

Antaranya, cabaran meredah hutan dan bukit dengan memandu kenderaan laluan lasak (ATV) sambil meneroka khazanah hutan serta menyahut cabaran bukit dan lumpur di sepanjang laluan.

Jika mahu meneroka suasana hutan dengan cara 'berperang' pengunjung boleh menyertai permainan paintball secara berkumpulan sambil menikmati flora dan fauna.

Namun, jika tidak minat untuk 'berperang', mereka boleh beraksi secara individu di lapang sasar yang disediakan untuk penembak tepat paintball.

Untuk aktiviti berkumpulan seperti kursus motivasi atau latihan lasak, BGRC menyediakan kemudahan dengan cabaran meredah hutan pada waktu malam atau siang serta melepasi 15 halangan buatan (obstacle) dan flying fox.

Menunggang kuda mengelilingi kawasan BGRC antara aktiviti paling digemari kanak-kanak kerana haiwan jinak itu sering mempamerkan aksi lucu dan menghiburkan.

Jika kurang mahir menunggang kuda, rasai pengalaman menaiki kereta kuda untuk pengunjung yang berkeluarga.

Aktiviti luaran lain termasuk silap mata, pertunjukan ular, persembahan badut serta aktiviti di taman ria ala pesta ria pada waktu malam.

Di sekitar hotel, anda boleh bermain snuker, berkaraoke, bermain permainan video atau membeli barangan kraftangan dan cenderamata.

Berdasarkan sambutan pengunjung, mereka berpuas hati bercuti di BGRC kerana pelbagai tarikan dan aktiviti pelancongan disediakan pada harga paling minimum.

Selain kemudahan hiburan, katanya taman tema itu turut merangka aktiviti hiburan secara bermusim seperti persembahan artis, taman hiburan dan pertunjukan silap mata yang dijadualkan mengikut kadar pengunjung semasa

Ape Nasib Student malaysia di mesir

Rasanya semua sedia maklum keadaan terkini di Egypt sekarang. Huru hara, kacau bilau dan darurat. Soal keselamatan peljar dan rakyat Malaysia paling meruncing sekarang. Walaupun kita tak pernah ada pengalaman di luar negara yg sedang bergolak tapi sedikit sebanyak dapat juga merasai macamana perasaan jika menghadapai masalah di negara orang.


Yang paling merisaukan bila suratkhabar Malaysia kata rakyat kita semuanya selamat di sana sekrang. Sungguh musykil baca update macam nie, sebab setahu mat periuk bilangan pelajar Malaysia disana sangat ramai, yg berdaftar saja lebih 7000 ribu, itu belum masuk pelajar yg tidak ditaja mana-mana pihak terutamanya pelajar-pelajar dari sekolah pondok yg kebanyakkanya di Universiti Al Azhar. Macaman begitu 'confident' kata 'semua' pelajar kita selamat. Apa motifnya?


Pengalaman banjir besar di Brisbane baru-baru ini dimana respond suratkhabar Malaysia adalah sama sedangkan beratus-ratus student Malaysia yang mejadi mangsa juga memnbuatkan mat periuk skeptikal dgn update yg dikeluarkan oleh pihak-pihak yg berkenaan. Risau sungguh keadaan mereka sekarang.


Bayangkan jika keadaan Egypt atau Mesir ini tidak serius takkanlah Kerajaan Australia chartered Qantas Airline utk selamatkan rakyatnya yg lebih kurang 1000 lebih je tu dan PM Gillard sangat risau dan sedang memantau keadaan rakyatnya di negara itu 24 jam. Bukan Australia saja sudah bertindak, banyak negara lagi. Contohnya India sudah beberapa kali ulang alik menyelamatkan rakyatnya menggunakan Air India. Portugal menggunakan kerahan tentera dgn kapalterbang tentera C-130, Kerajaan Greece juga menggunakan tentera, US mengeluarkan rakyatnya sekurang-kurangnya ke Cyprus, China lagi hebat menghantar terus 2 jet dan Airbus 330 serta Airbus 3330-220 Hainan Airlines. Banyak lagi negara sudah memulakan operasi meyelamatkan rakyat mereka lebih 24 jam yg lepas seperti Thai dgn Thai Airways walaupun menghadapi masalah kerana mereka tidak pernah ada route ke Cairo sebelum ini. Denmark, German, British, Turkey semua sudah bertindak. Malah jiran kita Indonesia sudah pun memulakan proses membawa balik beribu-ribu pelajar dan rakyat mereka.

Wahai mereka yg berkuasa dan bertanggunhjawab, mulakanlah tindakan menyelamatkan anak-anak, adik-adik, saudara mara kita di sana (walaupun kita sudah terlambat sebenarnya!). Sekarang bukan masanya utk membincangkan perkara2 yg tak berfaedah.

Wasalam
mari ramai-ramai doakan keselamatan semua di sana, ramai yg kesana kerana menuntut ilmu akhirat, dugaan mereka pasti maha hebat.

Friday, January 28, 2011

Persahabatan yg Terbina...

  hahaha......
 Tidak di sangka rupe-rupenya sudah 2 tahun kita menjalinkan hubungan kekeluargan yang cukup akrab.. macam kata Perpatah melayu "semua rase la.masam,manis,pahit,gertir.... susah senang kita lalui bersama..". ada juga sesetengah di antara kita yang mempunyai masalah.. tetapi itu semua bukan halangan bagi kita untuk terus bahagia bersama. kita ini boleh di ibaratkan 1 keluarga besar bersemangat atau 1 pasukan askar yang hebat.. walau pun serangi dengan peluru kutukan, dibomkan dengan fitnah ,dan di perangkap dengan tipu helah.. tapi kubu yang di bina masih lagi kukuh dan tidak pecah.. ini disebab kita bersedia dengan pertahanan persahabatan yang mantap dan mempunyai senjata nuklear yang hebat di namakan 'IKHLAS Berkawan'... ini merupakan 1 bahan ramuan rahsia. bukan mudah untuk di dapati di pasaraya, atau di buat oleh seorang chef yang terkenal...
 Ia terhasil dari usaha kuat kita selama ini.. dengan keredha ALLAH s.w.t.. insyallah..